KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meneruskan kenaikan minggu lepas untuk ditutup tinggi bagi hari ketiga dagangan berturut-turut hari ini dengan indeks utama mencecah paras tertinggi dalam tempoh 52 minggu di tengah-tengah prestasi positif pasaran serantau.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 0.49 peratus atau 7.80 mata kepada 1,597.39 berbanding paras penutup 1,589.59 pada Jumaat minggu lepas.
Indeks petunjuk pasaran itu yang dibuka tinggi naik 2.21 mata kepada 1,591.80, diniagakan antara paras 1,591.17 dan paras puncak 1,598.26 semasa sesi tengah hari.
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 657 berbanding 447 manakala 499 kaunter tidak berubah, 712 tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung.
Jumlah dagangan meningkat kepada 4.48 bilion unit bernilai RM3.12 bilion daripada 3.87 bilion unit bernilai RM3.15 bilion pada minggu lepas.
Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng menjangkakan aktiviti belian akan berterusan memandangkan peningkatan sentimen pelabur disokong oleh aliran masuk dana asing yang kukuh ke rantau ini.
"Peningkatan jumlah dagangan harian menandakan minat tinggi terhadap pasaran dan indeks petunjuk pasaran menuju ke arah paras psikologi 1,600. Jika indeks itu berjaya melepasi paras rintangan ini dan bertahan bagi tempoh yang lama, terdapat potensi untuk terus meningkat," katanya kepada Bernama.
Senada dengan sentimen ini, pengurus portfolio dan ketua penyelidikan dan penasihat harta UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan, juga menjangkakan indeks utama terus berada dalam trajektori meningkat, berpotensi melepasi paras halangan psikologi 1,600.
"KLCI masih belum lagi mencecah paras terlebih beli, menunjukkan aktiviti rancak pasaran belum lagi sampai ke tahap kemuncak dan masih ada ruang untuk terus meningkat," katanya.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik tiga sen kepada RM9.83, Public Bank melonjak lapan sen kepada RM4.20, Tenaga Nasional menokok enam sen kepada RM12.38, CIMB menambah 10 sen kepada RM6.75 dan IHH Healthcare meningkat satu sen kepada RM6.30.
Dalam kalangan saham cergas, SNS naik 7.5 sen kepada 47 sen, Ingenieur turun setengah sen kepada 11 sen dan Fintech tidak berubah pada 0.5 sen. Eversendai meningkat tujuh sen kepada 46 sen dan Dagang Nexchange naik 1.5 sen kepada 41.5 sen.
Sementara itu, Priceworth International Bhd dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata ia bercadang menukar namanya kepada Maxland Bhd, sementara menunggu kelulusan pemegang sahamnya menjelang mesyuarat agung luar biasa pada 28 Mei, 2024.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 64.16 mata kepada 12,034.27, Indeks FBMT 100 naik 59.86 mata kepada 11,656.98 dan Indeks FBM 70 menokok 98.63 mata kepada 16,835.65.
Indeks FBM Emas Shariah naik 36.62 mata kepada 12,229.92 dan Indeks FBM ACE meningkat 6.36 mata kepada 5,140.91.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 133.20 mata kepada 17,423.61 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 1.10 mata kepada 191.94. Indeks Tenaga susut 4.14 mata kepada 962.71 manakala Indeks Perladangan turun 26.73 mata kepada 7,393.14.
Jumlah dagangan Papan Utama meningkat kepada 2.54 bilion unit bernilai RM2.63 bilion daripada 2.38 bilion unit bernilai RM2.79 bilion pada Jumaat minggu lepas.
Jumlah dagangan waran menokok kepada 1.00 bilion unit bernilai RM164.47 juta berbanding 929.71 juta unit bernilai RM148.76 juta.
Jumlah dagangan Pasaran ACE menambah kepada 933.26 juta saham bernilai RM324.44 juta daripada 560.13 juta saham bernilai RM210.14 juta.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 531.50 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (486.18 juta), pembinaan (337.27 juta), teknologi (349.03 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (94.46 juta), hartanah (264.67 juta), perladangan (31.02 juta), REITs (21.90 juta), dana tertutup (84,100), tenaga (150.88 juta), penjagaan kesihatan (85.67 juta), telekomunikasi dan media (47.40 juta), pengangkutan dan logistik (62.43 juta), utiliti (77.96 juta) dan amanah perniagaan (166,200).
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 06 2024
Pada 5 petang, FBM KLCI melonjak 0.49 peratus atau 7.80 mata kepada 1,597.39 berbanding paras penutup 1,589.59 pada Jumaat minggu lepas. - Gambar fail/ bursa.listedcompany.com
Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.
Tukang gunting rambut tidak mengaku salah lakukan rompakan bersenjata
Seorang tukang gunting rambut mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan rompakan bersenjata berkumpulan terhadap seorang lelaki.
Dua ditahan disyaki terlibat sindiket edar dadah bernilai RM33.65 juta
KUALA LUMPUR 28 Mei (Bernama) -- Polis menahan dua lelaki warga tempatan yang dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran serbuk dadah jenis MDMA (Methylenedioxymethamphetamine) dianggarkan bernilai
AWANI Ringkas: Projek rintis DRT
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tiga fasa Strategi Semikonduktor Nasional, tarik berbilion pelaburan - PM
Kerajaan berhasrat menarik sekurang-kurangnya RM500 bilion pelaburan menerusi Strategi Semikonduktor Nasional Malaysia, yang diterajui oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
[TERKINI] Ucaptama Perdana Menteri sempena Ekspo Semicon Asia Tenggara
Peniaga wanita mengaku miliki 102 alat mainan seks
Seorang peniaga wanita mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki 102 unit peralatan permainan seks.
VEP di sempadan Malaysia-Singapura dikuat kuasa sepenuhnya 1 Okt - Loke
Peraturan Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) asing di sempadan darat Malaysia-Singapura dikuatkuasakan sepenuhnya mulai 1 Okt ini bagi memastikan pemilik kenderaan asing mematuhi peraturan jalan raya, k
Model Perodua, Toyota di Malaysia patuhi piawaian keselamatan - Loke
Perkara itu disahkan berdasarkan semakan serta penelitian JPJ ke atas setiap data dan keputusan pengujian semula ke atas enam model Perodua serta tiga model Toyota.
Nahas helikopter TLDM: Laporan penuh didedahkan minggu depan - Khaled Nordin
Laporan penuh nahas dua helikopter TLDM yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya pada 23 April lepas akan didedahkan selewat-lewatnya minggu depan, kata Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.16 mata kepada 1,621.43 daripada 1,618.27 pada Isnin.
Bursa Malaysia dibuka tinggi seiring prestasi positif di Wall Street
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.75 mata kepada 1,621.15 daripada paras penutup 1,619.40 pada Jumaat minggu lepas.
Untung bersih suku pertama Maybank melonjak kepada RM2.49 bilion
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini bank itu berkata hasil meningkat kepada RM18.35 bilion daripada RM15.19 bilion sebelum itu.
Bursa Malaysia dibuka rendah susulan aktiviti pengambilan untung
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 8.13 mata kepada 1,621.05 daripada paras penutup 1,629.18 pada Khamis.
Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi, teruskan peningkatan
Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi pada Khamis berikutan kembalinya aktiviti pembelian susulan aktiviti pengambilan untung pada Selasa, kata peniaga.
Bursa Malaysia tinggi semasa awal dagangan
Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, didorong sentimen positif susulan prestasi kewangan suku pertama Nvidia dan kenaikan tarif ke atas produk China yang dilaksanakan Amerika Syarikat.
Permodalan pasaran Bursa Malaysia, FBM KLCI capai satu lagi paras tertinggi
Permodalan pasaran keseluruhan Bursa Malaysia dan dagangan indeks barometer mencapai satu lagi paras tertinggi setakat ini bagi tahun ini.
Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti ambil untung
Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung susulan prestasi positifnya semalam serta menjejaki prestasi semalaman Wall Street.
Urus niaga mencurigakan, tiada keperluan mendesak jual pegangan MAHB - Radzi Jidin
Beliau mempersoalkan tindakan kerajaan yang dilihat terlalu gelojoh untuk mengeluarkan MAHB daripada Bursa Malaysia.
Bursa Malaysia cecah paras tertinggi dalam tempoh tiga tahun
Saham di Bursa Malaysia melepasi paras rintangan 1,620 mata pada Isnin susulan aliran masuk dana yang tinggi ke dalam negara, melonjakkan indeks utama ke paras tertingginya sejak Mac 2021.